Saturday 10 December 2011

MAKANAN HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

Antara makanan halal di dalam islam :

































Antara makanan yang haram dimakan di dalam islam:






MARI PELAJARI CARA RASULULLAH MENJAGA PEMAKANANNYA

~DIET RASULULLAH~

JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
 

                                 
Jangan minum SUSU bersama DAGING           
                                    Jangan makan DAGING bersama IKAN

                                      Jangan makan IKAN bersama SUSU

                                     Jangan makan AYAM bersama SUSU

                                       Jangan makan IKAN bersama TELUR

                                Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD

                                        Jangan minum SUSU bersama CUKA

                             Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL

  • CARA MAKAN
  • JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. 
  • JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA..
    Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... .......... .
    Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
  • Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
    Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.
    • Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat
      amalan antara lain:
    • Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
    • Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
    • Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
    • Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
       
    • ya adik-adik sama-samalah kita mengamalkannya. ......
      WallahuA'lam
    Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

ADAB MAKAN MENGIKUT RASULULLAH

Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Nabi SAW.


Mari mempelajari adab makan dan minum melalui hadis Nabi SAW. Mengikuti sunnah Nabi SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim.
1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.”
(HR An-Nasaa’i)
Satu lagi hadis menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda (lebih dulu).”
2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…”
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.
3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.”
(HR Abu Daud)
4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.”
(HR Muslim)
5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia (mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya, kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).”
(HR Abu Daud)
6. TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:
“Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.”
(HR Bukhari)
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.
Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.
7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang). Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak ingin, baginda meninggalkannya.”
(HR Bukhari)
8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara membazir).”
(HR Muslim)
10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu Abbas r.a. memberitakan:
“Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.”
(HR At-Tirmidzi)
11. TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW bersabda:
“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.”
(HR Bukhari)
12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:
“Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)
13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
“… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!”
(HR Bukhari)
Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.
14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.”
(HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau makanan itu dijilatkan.”
(HR Bukhari)
15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:
“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk (lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu untuk makan.”
(HR Ibnu Majah)
16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.
Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).
17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda:
“Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di tangannya.
18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut:
“Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW; sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda: “Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian orang yang di sebelah kanan.”"
(HR Bukhari dan Muslim)
19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda:
“…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.”
(HR Muslim)
20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut:
“Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.”
(HR Muslim)
Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.
Wallahu a’lam.
—————————————-
Rujukan: Adab Makan Minum Cara Nabi oleh Ummu ‘Abdillah dan diterjemahkan oleh ‘Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh. Cetakan ke-4 (2005). Al-Hidayah Publishers.

Thursday 8 December 2011

FAEDAH BERAMAL DENGAN ADAB MAKAN

  • Berdisiplin
  • Sihat tubuh badan
  • Mendapat pahala
  • Disukai oleh ALLAH S.W.T

      ADIK-ADIK MAKANLAH KETIKA LAPAR DAN BERHENTI               SEBELUM KENYANG.
 




Haiya BidDoa - Doa Lepas Makan

Haiya BidDoa - Doa Makan

DOA SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN






             DOA SEBELUM MAKAN
                             
                             بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


                    اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka


                   DOA SELEPAS MAKAN

                                                        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

   Maksudnya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

                                            اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ


Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim





ADAB MAKAN DAN MINUM

SEBELUM MAKAN


  • Berpakaian bersih
  • Basuh tangan
  • Duduk dengan tertib
  • Membaca doa         
 
SEMASA MAKAN                                                           

  • Gunakan tangan kanan                                                        
  • Ambil makanan yang hampir
  • Utamakan orang yang lebih tua
  • Tidak gelojoh

SELEPAS MAKAN

  • Basuh tangan 
  • Membaca doa

     




    Wednesday 7 December 2011

    Tahniah adik-adik kerana menjaga adab makan dan minum

    Assalamualaikum Pembuka Bicara Oleh Ustazah Azizah

    Assalamualaikum dan apa khabar adik-adik yang ustazah kasihi.Ustazah ucapkan terima kasih kerana adik-adik melayari blog ustazah yang bertajuk Adab Makan dan Minum.

    Adik-adik....
    Islam agama yang sangat indah di dalamnya terkandung pelbagai peraturan dan adab daripada yang besar sehinggalah yang kecil.Ustazah ingin berkongsi dengan adik-adik pelbagai perbincangan mengenai adab makan dan minum..semoga adik-adik berjaya di dunia dan akhirat...