Adab Makan & Minum Mengikut Sunnah Nabi SAW.
Mari mempelajari adab makan dan minum melalui hadis Nabi SAW.
Mengikuti sunnah Nabi SAW adalah sangat penting bagi setiap muslim.
1. MEMBASUH TANGAN
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
Membasuh tangan itu menurut satu pendapat bukanlah merupakan suatu sunnah secara umum. Ini kerana ia bergantung kepada keadaan iaitu jika tangan kotor maka dibasuh dan jika tidak cukup dengan menyapu tangan. Pendapat ini berdasarkan dua hadis yang menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW masuk ke tandas kemudian baginda keluar, maka baginda makan dan baginda tidaklah menyentuh air.”
(HR An-Nasaa’i)
(HR An-Nasaa’i)
Satu lagi hadis menyebut:
“Bahawa Rasulullah SAW apabila baginda ingin tidur, sedangkan baginda
berjunub, maka baginda berwudhu’ (seperti wudhu’) untuk solat dan
apabila baginda ingin makan maka baginda membasuh kedua tangan baginda
(lebih dulu).”
2. MEMBACA BISMILLAH
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:
Nabi SAW bersabda kepada seorang kanak-kanak yang makan di samping baginda:
“Wahai kanak-kanak, sebutlah nama Allah…”
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)
Ini merupakan satu suruhan yang jelas mengenai membaca Bismillah.
3. BERKUMPUL SEWAKTU MAKAN
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Adalah digalakkan berkumpul sewaktu makan menurut cara yang dibenarkan syarak iaitu tiada percampuran antara lelaki perempuan bukan mahram.
Rasulullah SAW bersabda: “Maka hendaklah kamu berkumpul untuk makan
makanan kamu dan sebutlah nama Allah agar diberkati kamu padanya.”
(HR Abu Daud)
(HR Abu Daud)
4. MAKAN DAN MINUM DENGAN TANGAN KANAN
Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila salah seorang kamu makan, maka hendaklah dia makan dengan
tangan kanannya dan apabila dia minum, maka hendaklah dia minum dengan
tangan kanannya, kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya
dan minum dengan tangan kirinya.”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
5. MULA MAKAN DI TEPIAN, TIDAK DI TENGAH
Rasulullah SAW bersabda:
Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila seseorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia
(mula) makan makanan yang berada di puncak pinggan, akan tetapi
hendaklah dia makan makanan daripada bahagian di sebelah bawahnya,
kerana sesungguhnya keberkatan itu turun daripada puncaknya (ke bawah).”
(HR Abu Daud)
(HR Abu Daud)
6. TIDAK TONGKAT TANGAN
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:
Nabi SAW bersabda kepada seorang lelaki di samping baginda:
“Saya tidaklah makan sedangkan saya (di kala itu) bertongkat tangan.”
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
Juga digalakkan makan di dalam keadaan cara duduk berlutut dan
menghulurkan kedua telapak kaki atau mendirikan kaki kanan dan duduk di
atas kaki kiri (separuh bertempoh) atau bersila.
Kurang digalakkan makan di atas meja beserta duduk di atas kerusi kerana duduknya selesa dan tempoh makannya menjadi lama.
7. TIDAK MENCELA MAKANAN
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
Abu Hurairah r.a. pernah memberitakan:
“Tiadalah sekali-kali Nabi SAW mengaibkan makanan (yang terhidang).
Jika baginda berselera, baginda memakannya, dan jika baginda tidak
ingin, baginda meninggalkannya.”
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
8. BERCAKAP MENGENAI KEBAIKAN MAKANAN
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
Semasa makan, para Ulama’ menggalakkan untuk bercakap mengenai kebaikan makanan. Akan tetapi ia tidak bermaksud bercakap di ketika makanan berada di dalam mulut.
9. MAKAN SUAPAN YANG TERJATUH
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
Jaabir b. Abdullah r.a. memberitakan Rasulullah SAW telah bersabda:
“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia
mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah
dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan (secara
membazir).”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
10. TIDAK BERNAFAS DALAM BEKAS MINUMAN
Ibnu Abbas r.a. memberitakan:
Ibnu Abbas r.a. memberitakan:
“Sesungguhnya Nabi SAW melarang bernafas dalam bekas minuman atau menghembuskan ke dalamnya.”
(HR At-Tirmidzi)
(HR At-Tirmidzi)
11. TIDAK MAKAN BANYAK
Nabi SAW bersabda:
Nabi SAW bersabda:
“Orang mukmin itu makan menggunakan sebuah perut sedangkan orang kafir itu makan menggunakan tujuh buah perut.”
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
12. LARANGAN MAKAN SAMBIL MENIARAP
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:
Saalim meriwayatkan daripada sumber bapanya:
“Bahawa Nabi SAW melarang seorang lelaki makan sedang dia duduk meniarap.”
(HR Ibnu Maajah)
(HR Ibnu Maajah)
13. UCAPAN PENJAMU: “MAKANLAH!”
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
Terdapat satu hadis yang dihujungnya berbunyi:
“… Maka sentiasalah baginda SAW bersabda, “Sila minum!”
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
Oleh itu sangatlah dituntut kepada para penjamu makanan agar mengucapkan kata seperti itu kepada orang-orang yang hendak makan.
14. MENJILAT PINGGAN DAN JARI
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda:
Rasulullah SAW menyuruh umatnya menjilat jari dan pinggan sesudah makan. Baginda SAW bersabda:
“Sesungguhnya kamu tidaklah mengetahui (bahagian) manakah (makanan kamu) yang mengandungi keberkatan.”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
Di dalam hadis lain menyebut:
“Apabila salah seorang kamu makan suatu makanan, maka janganlah dia
menyapu tangannya (dengan sapu tangan) sehingga dia menjilatnya atau
makanan itu dijilatkan.”
(HR Bukhari)
(HR Bukhari)
15. LARANGAN BANGUN SEHINGGA HIDANGAN DIANGKAT
Hadis menyebut:
Hadis menyebut:
“Apabila telah dihidangkan suatu hidangan, maka janganlah seseorang
bangun sehingga diangkatkan hidangan; dan janganlah dia mengangkatkan
tangannya (berhenti makan) sekalipun dia sudah kenyang sehinggalah
kumpulan (bersamanya) selesai makan; dan hendaklah dia menunggu kumpulan
itu; kerana sungguhnya seorang lelaki itu akan merasa malu duduk
(lagi), maka dia akan berhenti makan; dan barangkali dia masih perlu
untuk makan.”
(HR Ibnu Majah)
(HR Ibnu Majah)
16. MEMUJI ALLAH SWT DAN MENGUCAPKAN ALHAMDULILLAH SELEPAS MAKAN
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.
Terdapat beberapa doa selepas makan yang telah diajarkan oleh Nabi SAW.
Kita juga turut digalakkan untuk mendoakan untuk penjamu kita (yang menjamu hidangan kepada kita).
17. MEMBASUH TANGAN SESUDAH MAKAN
Nabi SAW bersabda:
Nabi SAW bersabda:
“Siapa tidur sedangkan di tangannya terdapat daging busuk dan dia
tidak membasuhnya; tiba-tiba dia dikenai sesuatu, maka janganlah dia
mencela melainkan ke atas dirinya (sendiri).”
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)
(HR Abu Daud dan Tirmidzi)
Orang yang tidak membasuh tangan sesudah makan akan menyebabkan
tangannya kotor dan ini berkemungkinan akan menyebabkan kemudaratan
seperti serangga atau binatang tertarik dengan sisa atau bau makanan di
tangannya.
18. MENDAHULUKAN ORANG SEBELAH KANAN
Hadis menyebut:
Hadis menyebut:
“Pernah dibawakan susu yang telah dicampur air kepada Nabi SAW;
sedang di sebelah kanan baginda ada seorang A rab desa dan di sebelah
kiri baginda terdapat Abu Bakar, maka lalu baginda minum, kemudian
baginda memberikannya kepada orang Arab desa sambil baginda bersabda:
“Hendaklah (disambung) kepada orang yang di sebelah kanan, kemudian
orang yang di sebelah kanan.”"
(HR Bukhari dan Muslim)
(HR Bukhari dan Muslim)
19. PEMBERI MINUM, MINUM YANG TERAKHIR
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda:
Dalam hadis sumber dari Abu Qataadah yang panjang, Nabi SAW bersabda:
“…Sesungguhnya pemberi minum kepada suatu kaum itu, dialah peminum yang terakhir.”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
20. LARANGAN MAKAN DAN MINUM DALAM BEKAS EMAS DAN PERAK
Hadis menyebut:
Hadis menyebut:
“Siapa minum dalam bekas daripada emas atau perak, maka sesungguhnya akan menggelegak dalam perutnya (bakaran) api neraka.”
(HR Muslim)
(HR Muslim)
Ilmuan Islam sependapat tentang keharaman makan menggunakan bekas emas dan perak sama ada bagi lelaki ataupun perempuan.
Wallahu a’lam.
—————————————-
Rujukan: Adab Makan Minum Cara Nabi oleh Ummu ‘Abdillah dan diterjemahkan oleh ‘Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh. Cetakan ke-4 (2005). Al-Hidayah Publishers.
Rujukan: Adab Makan Minum Cara Nabi oleh Ummu ‘Abdillah dan diterjemahkan oleh ‘Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh. Cetakan ke-4 (2005). Al-Hidayah Publishers.
No comments:
Post a Comment